Uncategorized

 

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah. Dgn izin Allah telah terlaksana kempen projek Surau Bergerak yg bermula pada akhir tahun lepas. Alhamdulillah setelah mendapat sumbangan sebanyak RM80 ribu dari jemaah dan orang ramai, PMP telah membeli sebuah bas mini terpakai & mengubahsuaikannya.

Dalam satu majlis ringkas pd malam tadi (15/8/22) Presiden PMP Subang Jaya (Prof Rais Mustafa) telah secara rasmi menyerahkan Musolla Bergerak ini kpd Ustaz Yob, Pengerusi D’Mahabbah, yg akan menguruskan operasinya.

Musolla Bergerak ini adalah untuk kegunaan orang ramai terutamanya mereka yang berniaga di pasar2 malam di kawasan Shah Alam dan Kelang serta di majlis keramaian yg lain.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang secara langsung & tidak langsung kepada projek ini dan berharap utk terus menyumbang kepada D’Mahabbah bg menampung kos operasinya.

Semoga Allah merahmati usaha kita ini sebagai amal jariah yang diredhaiNya

Jazaakumullahu Khayran katheera wa baarakallaahu feekum

Post a comment